February 25, 2011 | 6:20 AM
salam readers~
oke. hari nie aku nak cakap pasal makanan korea. korean egg roll atau dikenali sebagai yaki mandu. atau dalam bahasa melayunya telur gulung korea. sebenarnya aku baru je habis masak telur gulung korea ni. ha. nak buatnya senang je. petik jari dah siap. haha! oke. aku tipu. aku mana ada magik nak petik jari dah siap masak. huhu. korang nak taw cara buatnya? oke. meh sini aku ajar.
3 biji telur *kalau nak lagi besar guna la 4 biji*
1 tbs daun bawang (cincang halus) *kalau nak guna bawang pun takpa*
1 tbs carrot (cincang halus)
garam secukup rasa
Cara- cara
- Masukkan daun bawang dan carrot ke dalam telur +garam..
- Kalau boleh, guna la non stick pan tak pon kuali leper.
- Panaskan kuali dengan api sederhana dan letak minyak sedikit.
- Tuangkan telur(dalam 1/3). Bila bahagian bawah dah masak sikit (ataupon kalau dah boleh angkat), lipat dalam 1inc. Teruskan lipat.
- Pastikan bahagian atas tak masak sangat (so nanti bila lipat melekat, senang nak potong)
- Bila dah sampai hujung, tuang lagi telur. Pastikan bersambung dgn sebelum nyer.. Gulung lagi dan biarkan sehingga masak. Angkat
- Biarkan sejuk dan potong.
- Lepas tu, kat atas telur tu kalau korang nak tuang sos pun boleh jugak. nak bagi sedap.
nie hasil yang aku buat. hehe~ :D
so korang pun try lah buat. senang je kan? kan? kan? oke. ni saja entry aku kali nie. jumpa lagi! dan...
Selamat Mencuba!^^
Labels: aktiviti, korea~, masak, resepi, suka ♥, tutorial
whoaaaa rajin :)
haha! nie saja2 ja buat.xdak keja..