« »
April 29, 2011 | 7:38 AM

Salam readers~

Hari ni aku dengan bersemangatnya nak buat Marble Pai Brownies nieh dengan ma aku. Heheh! :D 

Meh aku ajar korang buat nak? Sila ikut steps kat bawah nieh. :]

Bahan Pai

75 gram mentega tawar sejuk
25 gram dula aising
¼ sudu the garam
1 biji kuning telur
150 gram tepung gandum
½ sudu besar air sejuk

Bahan Brownies I

150 gram marjerin
250 gram coklat masakan hitam, dipotong-potong
3 biji telur
125 gram gula pasir
¼ sudu the garam
50 gram tepung gandum
15 gram serbuk koko
10 gram susu tepung
½ sudu the serbuk penaik

Bahan Brownies II

100 gram krim keju
25 gram gula aising
1/8 sudu teh garam
1 ½ sudu the kulit lemon parut
1 sudu the air perahan lemon
1biji kuning telur
50 gram coklat masakan putih, cairkan

Cara membuatnya :

1. Pai; kacau bahan lapisan bawah sehingga rata. Uli hingga sebati. Canai nipis adunan. Letakkan di dasar loyang. Cucuk-cucukkan dengan garfu.

2. Bakar selama 20 minit dengan suhu ketuhar 170oC sehingga setengah masak. Ketepikan.

3. Brownies II; pukul semua bahan II sehingga lembut. Ketepikan.

4. Brownies I; panaskan marjerin. Matikan api. Masukkan potongan coklat masakan hitam. Kacau sehingga larut dan sejukkan.

5. Pukul telur, gula pasir dan garam sehingga pekat selama 2 minit. Masukkan campuran marjerin sedikit demi sedikit sambil dipukul rata.

6. Masukkan tepung gandum, serbuk koko, susu tepung dan serbuk penaik sambil diayak dan dipukul perlahan.

7. Tuangkan di loyang yang telah dilapis dengan pai. Sudukan brownies II. Bentukkan marmar dengan lidi.

8. Bakar selama 45 minit dengan suhu ketuhar 180oC sehingga masak.

Ini saja sedikit sebanyak yang aku nak share dengan korang. Sekian :]


2 Comments

Blogger AMIN NASRY said...

waah...nampak cam sedap...perut pown tengah lapor nieh...hehe

 
Blogger Chimi ♥ said...

hehe. ye eh? jempot le makan. jangan malu2. :P

 

Post a Comment

No harsh word here please. Thanks for the comments :)



|


Disclaimer



This blog belongs to me and me only. All items made by me unless stated in credit section below. No ripping, spamming and copying w/o my permission. Respect me and I'll respect you. Thank you :)






Credits


This template 100% made by me. Akira Himesama. With little help from my old skins and Dinamic Drive. For header and background, I used Photoshop CS5. Color got from HTML color code. Font from Dafont and Google Web Font. Gifs picture made by me and some taken from Tumblr. Other image get from We♥It, Google and Tumblr. Kindly inform me if I'm using your materials but i don't mention here. (c) Copyright by Akira Himesama. All right reserved 2012 (c)